Tanda Kiamat

Tanda-tanda Kecil
  • Penaklukan Baitulmuqqadis.
  • Zina bermaharaja lela.
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
  • Bermaharajalela alat muzik.
  • Menghias masjid dan membanggakannya.
  • Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
  • Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan.
  • Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik.
  • Ramai orang soleh meninggal dunia.
  • Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
  • Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
  • Bulan sabit kelihatan besar.
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
  • Binatang buas berbicara dengan manusia.
  • Bulan terbelah dua.
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
  • Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat >menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan.
  • Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
  • Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
  • Terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
  • Orang akan melakukan homoseksual.
  • Terdapat ramai anak luar nikah.
  • Berkurangnya sifat amanah.
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah >zakat dijadikan hutang.
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya.
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya.
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid.
  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik.
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya.
  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan.
  • lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara....
  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan politik dengan wang.
  • Memandang rendah kepada darah.
  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya >Malah isteri berpangkat lebih besar.
  •  Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan.
  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan.
  • Banyaknya berlaku gempa bumi.
  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan.
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan.
  • Banyak berlaku peperangan demi peperangan.
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba.
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat.

Tanda-tanda Besar

  • Hijaunya bumi Arafah
  • Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
  • Keluar asap tebal dibumi Hijaz.
  • Munculnya nabi-nabi palsu, semuanya berjumlah 30 orang.
  • Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.
  • Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.
  • 3 kali gempa bumi.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Iman Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa A.S dan membunuh Dajjal.
  • Keluarnya suku Yakjuj Makjuj.
  • Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.
  • Matahari terbit dari ufuk barat. 
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama dan kedua.

No comments:

Post a Comment