Akhirat

Selepas berlakunya tiupan sangkakala yang pertama, semua makhluk ALLAH akan mati kecuali 8 perkara iaitu ARASH, KHURSI, QHOLAM, LOH MAHFUZ, SYURGA, NERAKA, SEKELIAN ROH DAN IJABUL ZAMBI. Selepas berlakunya tiupan sangkakala kedua, semua makhluk ALLAH S.W.T. dari zaman NABI ADAM akan bangkit semula yang digelar sebagai bangkit kubur. Selepas bangkit semula semua jin dan manusia akan dihalau ke PADANG MAHSYAR. 
          
    Maka berbagai-bagai kelakuanlah keadaan berjalan ke PADANG MAHSYAR itu. Berbeza- beza kelakuan disebabkan berbeza-beza kelakuan semasa hidup didunia. Keadaan berjalan adalah seperti berikut:

  •   Setengah daripadanya berjalan seperti kilat menyambar 
  •   Setengah daripadanya berjalan seperti angin yang sangat deras 
  •   Setengah daripadanya berjalan seperti kuda berlari
  •   Setengah daripadanya berjalan seperti orang berlari 
  •   Setengah daripadanya berjalan orang berjalan biasa 
  •   Setengah daripadanya berjalan merangkak 
  •   Setengah daripadanya berjalan mengesot 
  •   Setengah daripadanya berjalan dalam keadaan buta
  •   Setengah daripadanya berjalan dalam keadaan pekak 
  •   Setengah daripadanya memakan lidahnya hingga keluar darah dan nanah 
  •   Setengah daripadanya tiada bertangan
  •   Setengah daripadanya tiada berkaki
  •   Setengah daripadanya busuk lebih daripada bangkai 
  •   Setengah daripadanya memakai baju daripada api neraka

          
    Selepas semua sampai di PADANG MAHSYAR, datanglah segala malaikat mengeliling di belakang berlapis-lapis dam tidak boleh lagi keluar pada masa itu. Selain itu, dihampirkan matahari dengan kepala dan tiada bayang teduh sama sekali melainkan beberapa jenis orang sahaja boleh berteduh dibawah bayang ARASH  ALLAH S.W.T. Maka tenggelamlah mereka itu didalam peluh masing-masing. Antaranya berpeluh hingga ke buku lali, ke betis, ke lutut, ke paha, ke pinggang, ke dada, ke tengkuk, ke hidung dan lebih teruk lagi iaitu seluruh anggota badan.
     
    Maka duduklah di situ bertahun-tahun dalam keadaan bertelanjang, sangat susah, azab seksaan dan huru-hara sehinggalah mereka itu hendak keluar daripada tempat itu walaupun ke NERAKA. Kemudian diberi ilham oleh ALLAH S.W.T. ke dalam hati mereka itu dan menyuruh memohon syafaat kepada segala Nabi-Nabi mereka itu. Maka berjalanlah mereka itu kepada seorang Nabi kemudian seorang Nabi daripada Nabi  ALLAH S.W.T. iaitu NABI ADAM  hinggalah NABI ISA tetapi kesemuanya mengaku dengan kesalahan diri masing-masing dan tidak berani hendak membuat rayuan(syafaat) kepada ALLAH S.W.T. Hinggalah sampai mereka itu kepada ketua segala Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul iaitu NABI MUHAMMAD S.A.W. 
     
    Maka bersabdalah RASULULLAH S.A.W “ummati ummati”, akulah memberi syafaat kepada kamu sekalian. Maka sujudlah RASULULLAH S.A.W. dibawah ARASH seperti mana sujud di dalam sembahyang, maka datanglah suara daripada ALLAH S.W.T. dengan berkata “angkatkanlah kepalamu ya MUHAMMAD dan pohonkanlah olehmu nescaya Aku akan tunaikan”. Maka angkatlah Nabi Muhammad akan kepalanya dan terus membuat rayuan (syafaat) untuk dibuat keputusan hakim di atas sekalian makhluk ini. 
     
    Selepas itu, akan ada kiraan hisab di atas segala amalan yang  kita kerjakan semasa kita hidup di dunia ini. Oleh itu, MIZAN adalah digunakan untuk menimbang segala amalan yang kita kerjakan semasa kita hidup di dunia ini.
     
    Selain itu, terdapat juga KHAUSAR iaitu kolam atau telaga Nabi kita, NABI MUHAMMAD S.W.T. yang mana bilangan penyeduknya seperti bintang di langit. Oleh itu, orang yang boleh meminum adalah orang yang beriman tetapi orang yang kafir dan munafik tidak boleh meminum air kolam atau telaga itu. Barang siapa yang meminum air kolam atau telaga itu tidak akan dahaga untuk selama-lamanya. 
    
    Selain itu, terdapat juga SIRAT iaitu titi yang dibentangkan di atas NERAKA JAHANAM yang mesti dilalui di atasnya oleh sekalian jin dan manusia. Permulaannya daripada berdiri dan kesudahannya di hadapan pintu SYURGA. Sesetengah ulamak menyatakan panjang perjalanannya adalah 3000 TAHUN  perjalanan tetapi sesetengah ulamak yang lain juga menyatakan panjang perjalanannya adalah 5000 dan 7000 TAHUN. Perjalanan dan keadaan berjalan di atas titi bermacam-macam kelakuan mengikut amalan seseorang didalam dunia ini. Keadaan berjalan adalah seperti berikut:

  •   Sesetengah orang berjalan dengan sekelip mata
  •   Sesetengah orang berjalan seperti kilat menyambar
  •   Sesetengah orang berjalan seperti kuda berlari
  •   Sesetengah orang berjalan seperti burung terbang
  •   Sesetengah orang berjalan seperti orang berlari
  •   Sesetengah orang berjalan seperti orang berjalan kaki
  •   Sesetengah orang berjalan seperti merangkak
  •   Sesetengah orang berjalan seperti mengesot


    Oleh itu, orang yang tidak dapat melalui SIRAT dan dia tergelincir daripada SIRAT maka dia akan jatuh ke dalam NERAKA JAHANAM iaitu tempat azab dan seksaan ke atas orang-orang kafir, munafik dan fasik. Disamping itu, sesiapa yang berjaya melalui SIRAT maka dia akan dimasukkan kedalam SYURGA iaitu tempat kediaman yang bahagia untuk selama-lamanya bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh. 


Oleh itu, marilah kita beramal soleh dan beriman kepada Allah S.W.T. Semasa kita masih hidup di dunia ini, janganlah kita melakukan perkara-perkara yang dimurkai oleh-Nya, demi kebaikan kehidupan kita di dunia dan akhirat
    

No comments:

Post a Comment